Harini geram sgt, tak tahu kenapa. Gerammm sgt..
Dahla harini dpt banyak sgt calls. Bayangkanlah, org yg lain dpt 30-40 calls, hari ni aku dpt 50+ calls. Dahla ramai nak komplen. Banyak sgt benda nak kena escalate. Banyak sgt beban dlm kepala ni.. Sampai ke cafe pon patah balik, pening sgt. Tak tahu apa nak makan.
Arini aku dpt check. Yela, diorang just bagi check je. Lutut mereka la. Bila la masanye aku nak gi bank utk bank in check tu. Masa aku kerja, masa tula Maybank bukak. Habis kerja je Maybank dah tutup.
Dahla tadi masa aku tgh nak pinjam CardPac, aku lupa nak letak ACW. Call masuk masa tu, dibiarkan je. Memang silap aku la, so I cant blame anyone.
Pastu, Caroline lak ajak keluar. Petang2 tu, aku ingatkan semuanya ok. Aku pandang luar, macam takde paper yg berlaku. I mean, takde hujan la. Sekali kat dlm lif, terpandang keadaan kat luar, fuhhHHH!!. Hujan lebat beb!. Kalau boleh tolak pelawaan Caroline tu takpela, dia bagi msg.. "sid..bleh kita jumpa? crol tunggu kat tempat biasa.. sorry bateri crol weak ni.. bye". Short notice kan? Mana tak geramnye aku. Kalau boleh reply balik kat dia yg aku malas nak kuar, dan kat luar tu tgh hujan, kan senang. Takyah la nyusahkan aku. Geram tul aku kat dia.
And there it began. Perjalanan aku ke KL diselaputi atmosfera hujan yang sangat mengganggu fizikal, mentally dan comfortness aku kat atas moto. Dahla ada headset dlm beg aku, basah kuyup. Mahal headset tu, RM1k plus. Malas nak tengok dah benda tu, kalau dah basah, basahlah. Kun fayakun?.
Sampai je kat simpang bkt bintang, aku dibazirkan masa dibawah naungan hujan selama lebih dari 5 minit semata2 kerana polis. Dia kasi lane dari KL lalu bkn main lama lagi. Moto2 kat sebelah tu dah rev2 dah, tak sabar dah. Rasa mcm nak ketuk kepala polis tu dgn hammer besi, kasi sedar yg semua org tgh basah kuyup kat sinii. Dahla masa tu aku lapar sgt + sakit perut. Memang geram tul aku dgn polis tu.
Sampai je KL, sweater aku basah, baju hujan aku basah, seluar aku basah. Takpe, redah je. Sampai2 je, aku pandang serious je dgn Carol. Carol tu boleh lak tersenyum2. Jumpa2 je dia, aku ckp "1st, kita kena cari tandas". Senyum lagi dia. Pelik gila.
Tula, sepanjang tadi aku serious je dgn dia. Aku tak marahkan dia (no, no way la), aku geram dgn the condition.
Pastu, aku balik2 je, Raihan msg aku. Dia bgtau yg dia ada kat meeting room, tgh ada meeting, kena dok depan. Hehe.. so aku bukak PC, aku tulis kat dia yg aku takde kredit nak balas.
Pastu Carol lak kacau. Dia suruh aku signupkan dia email Yahoo baru. Aku dahla sangat malas, sangat letih, sangat tension, sangat demam, terpaksa buat gak utk dia.
Aku tak tahu, tapi aku sedar yg aku terlena masa tu.
Aku bangun balik pkl 1.30 pagi, tiba2 teringat yg aku ada hantar msg kat Raihan. Terus bukak router, bukak monitor, sign in pidgin, there!. Kak Raihan still ada kat sana. So, aku borakla dgn dia kejap.
Aku tak tahu last2 kitorang mcm gaduh. Yela, dia tanya kat aku kenapa semacam je ni. Aku ckpla aku tension. Pastu dia boleh lak fikir semacam. Fikir yg aku ni mmg tension dgn dia. Aku pon geram tul, aku terus tulis line terakhir, pastu tutup PC. Aku harap sgt dia faham keadaan aku hari ni. X pernah pon fikir yg masalah dia buat aku tension, cuma aku je yg tension sebab diri aku, bkn sebab masalah dia. X pernah tension sebab masalah dia.
Aku mmg bebetul ikhlas nak tolong dia as much as I can, tapi kalau dia dah fikir yg aku ni membebankan dia, up to her la. Selama ni aku tak pernah fikir yg dia bebankan hidup aku.
Kalaulah dia faham masalah aku harini, kan senang.. Takkanla benda tu pon dah terasa, aku sabar je dgn karenah dia dari dulu, tak pernah aku tulis kat dia yg aku 'sakit hati' atas beberapa hal. No, walaupun benda tu kecik mana pon. Aku tak pernah fikir yg masalah dia bebankan hidup aku.
Harini aku hadapi cabaran aku sorang2 je, takde siapa yg aku boleh share masalah ni. Nak tido pon rasa sakit hati.
Tapi, in the end of the day, aku baru perasan yg aku.. sabar atas semua ni.
In the end of the day gak, aku sedar Siti tu siapa. dia still bestfriend aku, walau apa pon benda yg berlaku. Syg sgt kat dia. Just, kali ni, aku rasa aku tak buat salah. Kalau dia rasa aku salah, so be it.
Psl Caroline tu, aku takleh nak buat apa. Dah dia mmg camtu.
Psl hujan, mmg aku dah check forecast utk minggu ni, memang hujan memanjang je KL ni tetiap petang.
Psl kerja, maybe aku ni still baru, so at the same time kena belajar. Memang banyak benda nak kena handle dlm satu masa. So, takde masalah la aku nampak kat situ.
Setiap benda yg aku harungi harini semuanya understandable. Tapi seriously, rasa mcm nak ambik hammer ketuk je kepala polis tadi. Kasi faham yg ramai lagi kat sini yg basah kuyup pakcik oooiiii..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments